Friday, January 5, 2018

5D 3N : Johor-KL-Perak-Pahang-Johor

Salam semua.

Dah hbs cuti sekolah tp br berkesempatan nk share hehe... boss ajak pusing-pusing ke KL-Perak-Pahang.

Ke KL atas urusan kerja TNB sambil singgah mkn ikan bakar di Jln Bellamy. Lama gila kot tak mkn kt sini tp rasanya ikan bakar wak kt Tanglin sana lg win.




Slps tghari kami teruskan perjalanan ke Perak.... area Lumut to be exact. Boss ada tournament 2 hari kt sana. Perjalanan mmg jauh tp seronok tgk tmpt org cantik. Turun tol Sungkai kami lalu Kg Gajah, Pasir Panjang... Ya Allah cantiknya sawah bendang seluas mata memandang.


Budak berdua ni mmg kerja dia selfie sesaja hahahhaa...


Kami sewa homestay di Taman Desa Manjung utk 2 mlm. Banglo 1 tingkat lot corner. Ada 4 bilik tidur & 4 bilik air tp kurg kelengkapan utk memasak so mmg cuti memasak le kikikiiii

Keesokkan harinya kami ke Jeti Lumut. Perghhhhhh... rambang mataaaaaaaaaaa tgk kedai-kedai tawarkan bermacam jns pilihan hasil laut dgn pelbagai kualiti dan harga. Tawar menawar itu mesti hehe...



Upah anak-anak mkn abc so ibu dpt pilih ikan bilis dgn tenang kt kedai sblh tu



Mcm-mcm yg diangkutnya masuk bakul sekali nk byr dkt RM300 ambik kauuuuuu


Otw blk ke homestay kami singgah ke Tmn Monyet Paya Bakau Lumut. Kat pintu gerbang nk masuk mmg byk monyet tp kat dlm2 sana sekor monyet pun takde. Jauh juga berjalan ke dalam pusing blk guna jln lain tp menyeronokkan bg anak-anak kenal alam sekitar. Nampak ikan tembakul, ketam, ikan & naik jambatan gantung.








Seriously, kawasan jeti ni mmg cantik dan bersih. Cuma kena jaga-jaga sbb kawasan tangga tu takde penghadang.












Waktu mlm kita buat lawatan ke Aeon Manjung pulak. Btw, mlm sblm tu dh masuk juga beli tuala. Dah tau nk sewa homestay blh kita lupa bawa tuala huhu... eh, apa yg korg nmpk dlm gmbr kt bwh ni? Mana tau one day kan kakak dpt buka butik kongsi dgn hani heheheee


Tiap kali mkn mmg keluar le jawabnya sbb kuali periuk tuan homestay tak sediakan.



Hari ketiga kami gerak ke Kuantan melawat opah anak-anak. Kali akhir jumpa waktu raya puasa thn lps. Dah jauh jarang-jarang jumpa, klu dulu blh kata hari-hari jenguk kt kg.

Ke Pahang klu tak pekena patin tempoyak mmg tak sah. 1st time mkn pais tempoyak patin tu mmg sedap.


Ptgnya bawa anak-anak ke Pantai Sepat tp keadaan cuaca tengkujuh dgn angin kuat mmg naik bendera merah tak dibenarkan mandi manda. Mlmnya singgah mkn di Ana Ikan Bakar Petai. Masakan tak lah sesedap yg digembar-gemburkan. Ikan bakar so-so sahaja.



Esoknya sblm tghari kami gerak blk ke Johor. Dr Kuantan ke Muadzam Shah ke Felda Redong Ke Felda Selancar dh sampai Segamat lbh kurg 3 jam sahaja. Masa raya tu pun kami ikut jln ni lbh cpt dr jln luar ambil masa sampai 5 jam.


Rinduuuuuuuuuuu nk msk-msk... sblm tu pun dh cuti msk lama sbb demam 2 minggu huhu. Pekena kopi o panas dgn keropok lekor.


Seronok berjalan-bercuti tp habuan basuh baju bajan ikut kod sampai 2 hari br hbs hahahahaaaa

No comments :

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...