Sambal signature org jawa. Buatnya mudah & cpt. Jgn tanya knp namanya totok mungkin sbb kita ketuk-ketuk tumbuk-tumbuk guna lesung kot 😬. Klu eddy dia panggil sambal hijau sbb dia tak suka klu guna cili padi merah. Tak feel katanya 😂
Sambal Totok
Bahan-bahan;
1. Cili api (suka hati nk guna byk mana)
2. Bwg bsr yg dihiris kasar (suka hati nk guna byk mana)
3. Ikan bilis yg sdh disiang, cuci bersih & toskan (suka hati nk guna byk mana)
4. Sedikit minyak utk menggoreng
Cara-caranya;
1. Panaskan minyak, goreng layu cili padi dan bwg.
2. Goreng garing ikan bilis.
3. Tumbuk bahan td dlm lesung.
Ok, klu ikut style Afne suka tumbuk lumat dulu cili padi & bwg kemudian br masukkan ikan bilis td dan tumbuk kasar sahaja.
Mkn nasi dgn sambal totok dgn dpt telur goreng atau ikan goreng je pun dh sedap wehhhhh... Mau bertambah-bertambah nasi dibuatnya 😅
No comments :
Post a Comment