Friday, January 6, 2017

Cuti Sekolah Akhir Tahun 2016

Ini suasana bila hari2 sekolah..... lena sungguh tidur dgn mcm2 gaya kikikiiiiii


Bila start cuti sekolah. maklum saja lah mmg riuh rendah rmh dr pg sampai ke mlm non-stop hahahaaaa.... dan mood swing Hafsyah akan dtg sbb tidur asyik terganggu. Nampak ni muka tak puas hati???


Mcm cuti sekolah sblm2 ni mmg ibu akan sediakan schedule harian anak2 (termasuk lah Hani). Takde lah details setiap jam buat apa... simple2 saja cthnya mcm ni...


Setiap hari cikgu beso a.k.a ibu akan check & bg bintang kpd pemenang. Pemenang mingguan dpt reward utk suka2. Dengan schedule mcm ni anak2 tidak lah leka mengadap tv dr pg ke mlm ye dak? Kita pn blh join buat aktiviti bersama... at least 1 aktiviti dlm sehari.







Menonton tv pn antara aktiviti dlm schedule tp Afne limitkan. Ni mlm2 klu diorg blm tido join sekali tgk Isteri Tuan Ehsan heheheee



Ni pulak aktiviti ibu kt rmh mcm biasa lah msk2 hehe... anak2 membantu juga kdg2 tlg kupas bawang, kupas ikan bilis, tumbuk rencah... aktiviti bersama jugak tu kan??





Cuti sekolah aritu sempat juga ke Ikea alang bos ada urusan kerja kat Surian Tower. Masa lunch kt bgnn sblh tu ada kedai jual toys sampai berkaca2 mata thn menangis sbb ibu tak bg Hani beli benda alah ni tp ayah juga yg melayan.... aptb!


Bos dh settled kerja br masuk cuci mata kt Ikea. Sambil cuci poket sekali hakhakhakkkk


Tgk... bos memborong tak sedar diri yg dia cuma bwk kereta mem aje. Nsb baik muat sumbat bonet blkg


10hb Dis 2016, kami konvoi 3 kereta hantarkn atok & maktok yg nk berangkat mengerjakan umrah. Kebetulan saudara di Bandar Enstek buat kenduri kawen jd kami berkumpul kat sana jumpa adik beradik sebelah mak & sanak saudara dr Singapura sblm kami check in homestay.


Seronok yea Hani dpt mkn lolipop puas2...


Rehat 2-3 jam kami bersiap ke KLIA. Allah.... sebaknya masa ni teringat2 masa mak & abah nk mengerjakan haji thn 2012 dulu. 


Esoknya masing2 bersiap & check out awal. Puas hati dpt homestay ni murah je RM200 dgn rmh yg bsr (4 bilik tidur & 3 bilik air) & selesa tapi sygnya Afne tak ambil no contact sbb makcik yg uruskan semua.


Masa ni kami otw ke kilang Carpet Prima Sdn Bhd ;)


Konon2 singgah Melaka nk pekena kari kepala ikan tp byk kedai tutup. Mls masuk town sbb tau mesti jam sbb hjg mggu bersambung cuti Maulidur Rasul. Adik2 Afne yg dh sampai awal ke Melaka belikn kuih keria antarabangsa so dpt lah merasa. Blm sampai rmh dh tinggal seketol je kitorg mkn dlm kereta. Sedapnya sama mcm kuih keria lain cuma special sbb disalut gula melaka. Tapi Afne kuis2 je gula Melaka tu tebal sgt sbb tak suka manis2 hehe...


Ada masa free ayah bwk mkn kat luar as reward sbb masing2 behave dgr kata ibu. Hai Hafsyah... awat masam ja muka ni?


Kakak Hani pn dh tau nk melawa skrg ni... plg tak thn nak pakai tudung lilit2 jugak mcm kakak Hana. Alololooooooo comelnyaaaaaaaaaaaaaaaaa 





Masa ni tak igt nk ke mana tp perasan tak... Hani msh tak blh move on dgn shawl kesayangan dia tu? kikikiiiiiii


Cuti sekolah mmg penuh la album hp dgn gmbr2 selpi selpot anak2. Kdg2 tu entah bila masanya diorg snap tau2 dh byk gmbr. 




Ni pulak masa ke KLIA utk jemput atok & maktok blk umrah. Alhamdulillah, semua slmt & sihat. Cuma bila dh sampai kg tu mak & abah kurg sihat mungkin sbb perubahan cuaca & penat kan. 


Adik2 tlg bawakkan mak abah blk ke kg tp kami trs ke KL join cousin Eddy katanya nk ke Kidzania. Lg pun cuti kali ni blm ada bawa anak2 ke mana2 kan. Masa ni tgh tunggu ayah beli lunch kt Ikea. Aritu tak sempat mkn meatballs sbb nk cpt hehe...






Our 2nd visit sejak thn 2015 dulu. Ada dlm entry Kidzania, KL. Nampak dh byk perubahan bertambah byk jns2 pekerjaan. Kali ni dtg Haziq dh bsr jd byk jns pekerjaan yg dia teringin & dpt cuba. Hana pun seronok sbb ada geng dgn cousin2 dia.

























2 comments :

Izyan Balqis said...

fuhh, panjang tapi seronok tengok gambar akk dan anak2 akk, spend time dengan anak2 semestinya sronok kan?

Afne said...

Penat tp seronok lyn karenah anak2. Peel masing2. Entry pnjg berjela update sekali harung hehe..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...