Wednesday, March 31, 2010

Hana Kena Chicken Pox

afne bercuti 2 hari utk jaga hana si mata bulat yg kena chicken pox. setakat ni hana ok je.. dia yg sbk soh ibu suapkan ubat. ada juga dia mengadu sakit bila ada blister yg pecah.. pedih mungkin. ptg smlm taska called bgtau badan hana naik bintik2 air.. igtkan kena HFMD mcm dulu. trs blk amik hana bawa ke klinik. tanya punya tanya.. rupa2nya ada 2 babies yg tgh kena chicken pox (tp baru dicutikan smlm). pembantu taska kata asalnya dr sorg baby br blk kg pastu jangkit lg ke sorg baby. aduyaiii.. sampai hati mak pak babies tu biar je anak kt taska. tlg le pastikan anak dh btl2 sembuh br hntr semula ke taska. pikir la skit benda tu can be easily jangkit kt bdk2 lain. haaa ni kang klu buat entry luahkan perasaan psl mak pak yg bijak2 ni kang mau hot issue mcm dulu disebabkan entry hal, luahan perasaan & hana drip air kt hukm..

nsb baik hana tak meraung jmpa doktor mcm aritu. otw ke klinik dh psycho hana cukup2 yg doktor tu baik la.. cuma nk check je la.. bla.. bla.. doktor ada terangkn serba sikit psl chicken pox. anggaran sembuh sepenuhnya dlm masa 1-2 mggu (nmpknya afne kena amik cuti lbh la ni). lps amik ubat trs blk rmh amik haziq plak.

buat masa ni..
  • bg hana mkn/mnm susu/air msk, suap ubat, sapu ubat ikut sukatan & masa. lebihkan air msk. jauhkan mknn yg bersifat gatal (telo, daging, serai, terung, seafood etc). ptg smlm bg hana mnm air kelapa muda.
  • babysitter haziq cuba mintakkn daun semambu dr kwnnya. klu ada.. ada la.
  • make sure kuku hana pendek - checked.
  • make sure basuh tgn cuci dgn sabun sblm & sesudah tukar diaper/baju hana - checked.
  • kurgkan body contact antara kak hana & haziq. impossible to do so sbb mereka 2 beradik sgt suka berkasih sayang/peluk2/cium2/mengacau satu sama lain. afne remind hana byk2 kali jgn sentuh2 haziq. hana dh komplen "ibu.. hana nk main dgn ajik!". kesiannya.. terpaksa asingkn tmpt tido buat sementara waktu.
  • LBH BERSABAR lyn karenah anak2. penting woooo..
td godek2 internet jumpa info ni... sharing is caring kan?!

Cacar Air

Apa itu jangkitan cacar air?
Ini ialah jangkitan biasa yang berlaku dikalangan kanak-kanak yang disebabkan oleh virus. Virus cacar air juga dikenali sebagai virus varicella. Ia adalah virus sama yang menyebabkan kayap. Ia merupakan penyakit yang senang berjangkit dan boleh merebak dari seorang ke seorang. Seseorang yang dijangkiti virus ini akan mengalami demam dan timbul ruam lepuh (blisters). Ianya merebak:
  • Melalui udara bila seseorang yang menghidap cacar air itu mengalami batuk atau bersin.
  • Dengan menyentuh cecair yang keluar dari lepuh (blister) cacar air.
  • Dengan menyentuh benda/permukaan yang dibasahi oleh cecair daripada lepuh tersebut.
Apakah tanda-tanda dan gejala?
Anak anda akan mendapat cacar air 13–17 hari selepas terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar
air. Cacar air boleh merebak 1–2 hari sebelum ruam kelihatan sehingga semua ruam berkeruping dan kering. Kebanyakan kanak-kanak mengalami jangkitan yang tidak serius. Namun jangkitan cacar air bagi orang dewasa boleh menjadi lebih serius.

Gejala-gejala :
  • Demam,rasa tidak sihat dan letih lima hari sebelum ruam timbul.
  • Ruam bermula bintik merah yang kecil dan gatal (seperti jerawat) pada semua badan termasuk mulut. Biasanya ruam bermula di dada dan belakang, kemudian merebak ke muka,kepala,kedua-dua lengan dan kaki.
  • Dalam masa 24 jam, ruam-ruam akan kelihatan seperti lepuh air (blister), kemudian pecah,kering dan menjadi keruping (4 -5 hari)
  • Bintik-bintik baru akan terus timbul untuk lima hari dan mengambil masa dua minggu untuk hilang.

Cacar air
Biasanya jangkitan cacar air ini menghasilkan pelalian seumur hidup. Walaubagaimanapun, virus ini mungkin bersembunyi dan berulang sebagai kayap (shingles) kepada orang dewasa dan kadang-kadang kepada kanak-kanak.

Apakah komplikasinya?
Biasanya cacar air ialah masalah kesihatan ringan bagi kanak-kanak dan kebanyakannya akan pulih. Walau bagaimanapun, sesetengah orang berisiko mendapat komplikasi yang teruk, iaitu bayi yang baru lahir, orang dewasa dan seseorang yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.

Komplikasi lain yang boleh berlaku termasuk:
  • Jangkitan kuman pada kulit
  • Jangkitan pada darah
  • Radang paru-paru
  • Keradangan otak
Bagaimana jangkitan cacar air dirawat?
Amnya:
  • Elakkan anak anda ke sekolah atau taman asuhan kanak-kanak sehingga ruam menjadi berkerak (lebih kurang tujuh hari daripada permulaan ruam). Jika tidak kemungkinan kawan-kawanya akan turut dijangkiti.
  • Ambil ubat paracetamol untuk mengurangkan demam.
  • Minum banyak air masak.
  • Ambil makanan yang seimbang.
  • Sentiasa membasuh tangan.
Untuk rasa gatal:
  • Sapu losen kalamine di tempat ruam.
  • Mandi dengan kerap dan sabun dengan menggunakan campuran baking soda dengan air suam beberapa kali sehari untuk mengurangkan rasa gatal.
  • Potong kuku pendek untuk mengelakan kecederaan kulit semasa menggaru.
  • Ubat antihistamine mungkin diberi oleh doktor jika rasa gatal yang teramat sangat sehingga anak anda tidak dapat tidur.
Ubat antivirus untuk cacar air boleh didapati dan selalunya akan diberi oleh doctor kepada mereka yang berisiko mendapat jangkitan yang teruk, iaitu:
Berumur 12 tahun ke atas.
  • Mengidap penyakit paru-paru yang kronik.
  • Mereka yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah.
  • Bayi yang baru lahir.
Bagaimana cacar air boleh dicegah?
  • Cacar air boleh dicegah dengan suntikan pelalian. Minta nasihat doktor.
  • Jika anda mendapat cacar air, elakkan jangkitan kepada orang lain dengan tidak pergi ke sekolah atau ke tempat kerja sehingga lepuh menjadi kering dan berkerak.
  • Seseorang yang berisiko mendapat cacar air yang teruk (bayi yang baru lahir, yang mempunyai sistem pertahanan badan yang lemah, wanita mengandung) yang terdedah kepada seseorang yang mengidap cacar air, mungkin diberi antibodi dalam bentuk immunoglobulin untuk memberi perlindungan segera.
PETIKAN DARI INFO SIHAT
     
    "hana cpt sembuh yea.. hana bdk pandai tak nangis mkn ubat, mnm byk air msk. ibu sayannggg hana"


    15 comments :

    IDA said...

    moga hana cepat sembuh ye :-)

    mama tisya said...

    mmg tk ptt tul la parent bdk yg dh kena campak tu p antar nursery..sure berjangkit..hrp hana cpt sembuh ye...terpaksa la ibu berkorban cuti utk jg ank kn

    nurulazham said...

    la..sian hana..
    baru dapat rusa terus kena chicken pox..
    cepat sembuh ye shayang!!

    Nurul Diana@Mama Adam + Aidil said...

    hana semoga cpt sembuh yer ...

    ps > fne nak ty puri tue x yah cmpr nasi yer .. just syr & ikan jer ??

    Intan Azmira said...

    tina kene masa umur 3tahun..kawan2 cina sujjest bedak cap ular, beli kat kedai ubat cina..alhamdulillah xde gatal2. xde merengek pon.intan xde guna daun bambu atau lotion2, cuma bedak ni je..

    akak cubala

    mama_umar said...

    hanaaa..cepat baik ye sayang,ibu amik cuti 2 ari tu insyaAllah cpt sembuh

    Nana said...

    ala sian nye hana si mata bulat tu
    cepat baik ek..
    dulu kean ciken pox darjah 4
    seksa nye, gatal rasa nk garu je
    mcm mana la klw budak2 yg kena
    kesian btol

    Afne said...

    tq ida/mayang

    Afne said...

    errynn, bkn campak/measles tp cacar air/chicken pox.

    afne lom sempat nk jumpa owner taska ni.

    Afne said...

    sian hana tp takat ni akak tgk dia cool je.

    Afne said...

    tq auntie diyana.

    bila nasi dh pecah2 br masukkn puri. cuba diyana baca semula entry tu k ;)

    Afne said...

    tq intan bg tips. rasa pernah nmpk bedak ni kt rmh mak. botol alum 4 segi kaler putih kan?

    insyaallah nnti bila keluar akak cuba cari kt singsei.

    Afne said...

    tq auntie zet ;)

    Afne said...

    tu le nana, afne harap sgt hana cpt sembuh. afne soh dia bz menconteng buku2. kadang dia nk garu cpt2 afne tegur. mesti gatalllllllllllll

    Drama Mama said...

    kesiannya hana! get well soon dear...

    http://twinkywinkystars.blogspot.com

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...