tarikh : 20/04/2010
pelakon : eddy & afne
kejadian berlaku mggu lps afne msh ber-MC seminggu di kg. lepak2 dpn tv lps lunch... afne tgh nenen haziq & eddy tgh baca suratkhabar. hana? ntah, masa tu dia sbk keluar masuk bilik2 explore sana sini. tiba2 eddy ckp mcm ni..
eddy : bu.. baca ni, bayi susu ibu IQ tinggi (sambil tunjuk suratkhabar tu)
afne : mmm.. mmg la. sbb tu anak ibu bijak2 belaka (sambil sengih2 cos tetiba diri sendiri jd bangga sbb afne pilih utk bf anak2. dlm hati dok puji utusan sbb keluarkan artikel regarding breastfeeding).
SHARING IS CARING
Bayi susu ibu IQ tinggi
Oleh ZUHAYATI YAZID
SUSU ibu adalah anugerah pemakanan yang terbaik untuk setiap bayi. Pakar perubatan mengakui ia tidak boleh ditandingi oleh apa jenis susu formula sekali pun.
Hakikatnya susu ibu mengandungi segala kebaikan yang diperlukan oleh bayi dalam jumlah yang betul iaitu protein, karbohidrat, lemak, vitamin dan mineral.
Menurut Pakar pemakanan dari Universiti California, Dr. J. Bruce German, khasiat susu ibu terlalu banyak berbanding apa juga jenis susu formula.
Antaranya ia mempunyai kolestrum, iaitu cecair berwarna kekuningan yang keluar sebelum susu keluar, yang membantu sistem pencernaan bayi dan menambah baik sistem imunisasi badan bayi.
"Susu ibu adalah zat makanan paling ideal untuk bayi sekurang-kurangnya bagi tempoh enam bulan pertama.
"Ia cukup berkesan memastikan pembesaran sempurna, mengelak jangkitan penyakit, menggalakkan perkembangan kecerdasan anak dan menghindari obesiti serta penyakit,'' katanya dalam satu sesi yang diadakan di ibu negara baru-baru ini.
Katanya, bayi yang diberikan susu ibu kurang mengalami alahan, sakit usus, pencernaan dan asma kerana susu ibu juga mempunyai antibodi.
Menurut German lagi, susu badan sepatutnya diberi sebaik saja bayi dilahirkan dan perlu diteruskan sehingga bayi berusia enam bulan.
"Situasi ini penting kerana proses penyusuan badan juga dapat mengubah kehidupan wanita bergelar ibu pada kehidupan yang lebih bermakna,'' jelasnya.
Beliau yang berpengalaman dalam bidang nutrisi lebih dari 10 tahun memberitahu, selain kelebihan untuk bayi, ibu turut mendapat banyak manfaat daripada penyusuan badan seperti mengurangkan pendarahan selepas bersalin.
"Malah sesetengah ibu yang menyusukan badan tidak mengalami putaran haid selagi bayinya menyusu.
"Lebih menarik lagi bagi ibu yang menyusukan bayi dengan susu badan dapat mengembalikan berat badan seperti sebelum hamil dengan lebih cepat.
"Perlu diketahui bahawa setiap wanita akan mengalami penambahan berat badan sekurang-kurangnya 12 kilogram ketika hamil, malah ada juga mengalami sindrom metabolisme seperti obesiti, tekanan darah, penambahan glukosa dan sebagainya. Melalui penyusuan bayi banyak membantu situasi tersebut kembali menjadi normal
"Jadi menjadi satu kerugian besar apabila wanita yang bergelar ibu tidak menyusukan bayi dengan susu badan hanya kerana percaya dengan tanggapan bahawa ia boleh menjejaskan bentuk badan si ibu,'' tegasnya lagi.
Bukan setakat itu saja, menurut German, menyusukan bayi dengan susu badan juga dapat mengurangkan risiko osteoporosis atau kerapuhan tulang pada anak.
"Hal ini berlaku, sekiranya ibu menyusukan secara berterusan anak tersebut selama lapan bulan, tulang mereka akan menjadi semakin kuat," katanya.
Selain itu, menurut kajian yang telah dilakukan bayi yang diberikan susu ibu mempunyai tahap kecerdikan (IQ) yang lebih tinggi dan lebih bijak apabila membesar.
"Justeru bagi ibu bapa yang baru menerima kehadiran cahaya mata, pastikan bayi anda menerima susu ibu khususnya dalam sejam pertama kelahiran bayi.
"Ini kerana bayi khususnya yang mengalami kekurangan berat badan, sangat memerlukan kolestrum iaitu nutrien penting yang terdapat dalam susu ibu," katanya.
dipetik dr Utusan Malaysia Online
afne cukup bersyukur sbb family & suami khususnya sgt memahami keghairahan afne psl breastfeeding. kadang2 bila afne rasa down atau risau susu yg dipam skit, eddy la yg bg kata2 semangat. katanya, "insyaallah.. ada rezeki haziq, jgn putus asa". igt lg.. eddy berkejar pegi mybabystore tlg belikan ebm storage bags. eddy la yg berkejar juga ke sana beli techni ice sheet masa afne guna time training dulu. eddy jugak la yg belikan tong putih utk angkut stock frozen ebm blk ke kg hari tu. bila badan letih tido sampai tak sedar haziq dh ukk.. ekk.. ukk.. ekk.. (nk nenen), eddy la jugak yg kejutkan. dia la tmpt saya mengadu domba klu ada org kutuk2 niat suci murni afne to bf anak2. isshh.. tetiba lak kan mcm rindu bangat sama abg loba2 skrg ni. kasi la can afne jiwang2 karatz skit hehe..
p/s : weehh.. ni entry psl susu ibu ke psl eddy?
10 comments :
setuju sesangat ngan artikel mu itu...arghh jeles nengok stok susu ko weii...
aku cilok utusan punya utk tatapan bersama.
zan, stok aku dh tinggal skit ni. seminggu haziq mnm frozen sbb aku kena chicken pox. doktor soh berhenti sementara sbb ubat2 tu tak sesuai. aku pam & buang je la masa tu.
ehhee..betui tu kak..saya kalo boleh nk full bf..tp apa kan daya...
kagmum dgn semangat afne & mr hubby fy support dan tak jemu berusaha & beri semangattttt ;-)
ha,,ha afne poyo..mesti kembang giler kalau eddy baca artikel nih,,,,(<<-ayat jelous dr aku,,jgn marah aaaa ),,,
aku pun bangga afne sbb still dapat bf alya walaupun x se'x'clusive dulu,,,,,
dan mmg terbukti yg anak kita sgt cerdik,,, sampai kita pun terkena dgn kecerdikannya itu,,,
hu,,hu,,hu
et, takpe.. jadikan cabaran utk next baby k?!
diana, org tgk mcm sng. hakikatnya kita yg alami yg tau camne. tq diana.
mama alya, kompom dia bangga gila hahahaaaaaa takpe, bdk2 ni aktif mmg cerdik pn haaaaaaa
tetttttt ...
entry windu shama abg bushuk .. hihihihi
nieza, ya betoooooollllllllllll wakaka
Post a Comment