Wednesday, April 14, 2010

Pengalaman Menyusukan Anak Anda


waaahhhhhh.. afne sgt2 teruja nk join contest PENGALAMAN MENYUSUKAN ANAK ANDA anjuran My-Happy-Family sbb.. afne agak obes obses ngan cerita2 breasfeeding ni hehe. pantang je nmpk blogger breastfeeding mommies update new entries cpt2 nk baca. btw, dgn adanya contest ni seronok juga dpt  menambah kenalan & kongsi cerita dgn mommies kt luar sana ;)

ok, kisah & pengalaman afne bermula sejak preggy with hana (back to 2007). afne mula membaca & mengumpul ilmu regarding breastfeeding. ntah knp dtg perasaan seronok setiap kali dgr pengalaman org lain deliver & breastfeed baby diorg. masa preggy 6-7 bln afne beli avent isis out & about (as recommended by friends selain spectra3), mungkin dh rezeki dpt beli dgn harga RM29+.++ je. tambah bersemangat tiap kali belek brg2 baby (korg masa preggy pn suka belek brg baby byk2 kali kan? elehh.. jgn nk tipu hehe). alhamdulillah, afne slmt melahirkan hana humaira pd 23/09/07 jam 11.55 mlm dgn berat 2.44kg. afne diberi peluang roaming dgn hana selama 15 mnt sblm dihantar ke wad. Ya Allah, itu lah perasaan terindah yg afne alami slps bernikah, preggy & deliver. ditakdirkan afne kena vagina hematoma (bengkak bibir faraj) & terpaksa dimasukkan semula ke labour room sementara menunggu giliran dimasukkan ke OT (operation theater) keesokan paginya & hana terpaksa ditempatkan di bilik baby dgn pengawasan nurse & bantuan mak afne. hampir sehari tak bertemu anak yg baru dilahirkan.. sepanjang hari hati & jiwa rasa tak tenang. baby mnm apa? baik2 ke dia? kami di tahan 1 mlm lg & sepanjang mlm tu afne tak tido sbk membelek anugerah Allah yg tak ternilai. hampir setiap 2 jam afne cuba kejutkan baby utk menyusu. sepanjang dlm berpantang mmg afne dpt exclusive breastfeed hana. tp disebabkan afne kurg bersedia dr segi stok frozen ebm & kurg sesi mengepam, bbrp bln slps tu hana terpaksa mix feeding dgn formula milk. ooohhh.. sedihnya perasaan hanya Tuhan yg tahu. tp formula milk tu hanya top up sebotol sehari di rmh babysitter apabila bekalan ebm tak mencukupi. kt rmh mmg takde formula milk melainkan direct feeding saja. bayangkan afne tak tahu lgsg mcmn nk bancuh formula milk! afne berpeluang breastfeed hana hingga lah umurnya setahun setengah. knp afne berhenti setakat itu? afne preggy with haziq.. itu pun dh mencecah 4 bln. ye, afne tau preggy mommies blh continue breastfeed babies tp doktor suggested berhenti disebabkn afne alami masalah hb rendah (mudah penat, pening kepala, blh pengsan, bersalin awal/tak cukup bulan & sebagainya). kebetulan masa tu taska ditutup 3-7 hari sbb kes HFMD & kami hntr hana ke kg utk mak jaga sekaligus afne amik keputusan utk sapih/putus/ceraikan susu badan. oooooohhhhhhhh.. keputusan yg sgt sukar tp terpaksa afne amik. mak kata setiap kali tido mlm hana menangis2 cari susu ibu... sedihnyaaaaaaa. ada yg suruh sapukan benda2 pahit atau masam utk 'mengajar' anak supaya cerai susu tp tak sanggup nk buat. mak cadangkan sapu sirap kt keliling nipple. hana percaya nipple tu berdarah tp memekik menangis cari susu ibu. aduhaiiiiiiiiiii.. anak & ibu sama2 menangis. klu lah afne diberi pilihan utk tak ceraikan susu badan...

alhamdulillah, afne selamat melahirkan muhamad haziq pd 19/08/09  jam 3.15 pg dgn berat 2.99kg. sekali lg afne diberi peluang utk breastfeed baby. pengalaman mengajar afne supaya jgn putus asa & cuba sedaya upaya utk exclusive & fully breasfeed haziq. rasa ralat sbb hana terpaksa mix feeding dulu masih terasa sampai skrg. makanya masa preggy with haziq cuba kumpul2 & korek2 lg ilmu breastfeeding.  tp kali ni afne buat tak tahu bila dgr ckp2 org sekeliling kena mix feeding sbb baby boy kuat menyusu.. nnti tak cukup susu badan & mcm2 mitos lg yg afne dgr & baca. syukur alhamdulillah, menyusukan haziq sepanjang tempoh berpantang berjalan spt yg afne impikan. seawal usia haziq 36 hari afne dh blk ke KL dgn semangat berkobar2 mengumpul stok ebm. selain tu afne byk dpt info dr blogger breastfeeding mommies & website2 regarding breastfeeding. bila tgk entries bergambar stok frozen ebm diorg buat afne lg seronok & jd kan cabaran utk diri sendiri. sekali lg afne gunakan manual breastpump avent yg bykkkkkkkkkkk berjasa. kali ni & sampai ke hari ni afne msh catitkan setiap 'hasil torehan'  (ebm) dlm jadual mengepam. bbrp bln pertama afne luangkan masa mengepam sebanyak 6 sesi sehari (lbh kurg 10-15 mnt setiap sesi).  3 sesi di rmh (bgn tido, slps maghrib & sblm tido) & 3 sesi di office (10.00 pg, 2.00 ptg & 5.00 ptg). tambahan pula office beli fridge baru so di situ la afne tumpang simpan ebm & pam (save masa tak perlu basuh setiap kali slps mengepam). utk merealisasikan impian afne to exclusive & fully breastfeed haziq, afne tolak semua rasa malu & segan bila nursing in public dgn menggunakan nursing cover atau ring sling. afne percaya susu ibu ada di mana2! skrg ni afne kurgkan sesi mengepam kpd 4 sesi sehari (bgn tido, pg/tengahri di offiice, 4-5 ptg di office, & sblm tido mlm). memandangkan afne berkejar masa menguruskan anak2 berseorangan. yea, kami suami isteri pjj & ddk berasingan. ayah di selatan, ibu & anak2 di kl. syukur alhamdulillah, afne berjaya exclusive breastfeed (6 bln pertama) haziq.   perasaan..?? sgt bangga! sgt happy! rasa bahagia! skrg dlm usaha capai target fully breastfeed haziq utk setahun & seterusnya. umur haziq hampir menjangkau 8 bln (19/04 akan dtg ni) & msh jauh lg perjalanan breastfeeding. afne sentiasa berdoa moga Allah murahkan rezeki kami, berikan kekuatan & permudahkan urusan kami sekeluarga.

breastfeeding.. sng ke susah? jgn igt breastfeed anak hanya sekadar selak baju & breastfeed anak sampai kenyang. yea, itu secara basicnya. tp utk ibu2 bekerja mcm afne mmg kena kuat semangat, keras hati, kepala batu, pekakkan telinga, peduli ckp2 negatif org. yg penting kita belajar, kumpul info2 breastfeeding, tahu cara  & alatan utk express breastmilk, cara storage ebm, cara handle ebm & sebagainya. teringat kisah breastfeeding vs kurus hahahaaaaa! adalah menjadi satu kepantangan pd breastfeeding mommies bila org memperlekehkan niat breastfeed. mmg mrh masa  kena tu tp lama2 afne fikir org yg berpendapat sebegini adalah disebabkan kurg pendedahan  psl breastfeeding. tak mengapa la, itu pilihan masing2. afne tak pernah memaksa sesiapa utk breastfeed anak tp afne memilih utk berikan yg terbaik (penyusuan susu badan) utk anak2 afne. afne percaya yg penting niat & hati kita.. tips2 milk booster ke, breatpump mahal atau murah ke, itu semua sekadar membantu. selain tu, afne sgt2 berterima kasih kpd mak & family terutamanya suami yg sentiasa bg sokongan.

afne bangga & terharu diberi peluang utk jd ibu susuan kpd Nur Aneesah Maisarah (sementara menunggu susu badan mamanya keluar). afne tumpang gembira bila adik afne (mama neesa) ambil keputusan utk exclusive breastfeed neesa walaupun dh mula bekerja.

pnjg btl entry contest ni hehe (puan penganjur bgtau tiada sekatan yea). pd afne, tiada 1 perkataan pn yg sesuai utk menggambarkan perasaan & pengalaman menyusukan anak. hanya mereka yg melalui & melakukannya akan memahami. k, disebabkan puan penganjur syaratkan upload sekeping gambar sahaja, so here it goes..

"apa intai-intai? tgh nenen ibu ni.. sedappp!"

Nama anak pertama : Hana Humaira Muhamad Eddy
Nama ibu : Noor Afne Nordin
Berapa lama menyusu : 23/09/2007 hingga March 2009 (setahun setengah)
Umur anak sekarang : 2 thn 6 bln

Nama anak kedua : Muhamad Haziq Muhamad Eddy
Nama ibu : Noor Afne Nordin
Berapa lama menyusu : 19/08/2009 hingga sekarang
Umur anak sekarang : 7 bln lbh


SAY YES TO BREASTFEEDING
SAY NO TO EXCUSES



10 comments :

Rozy said...

wahhh all the best afne!!
breastfeeding moms rawks!!!

emma said...

salam kenal..

Thanks join my contest..

Seronok dapat baca pengalaman awak.

Good luck

Afne said...

salam kenal..
tq sudi jengah entry ni ;)

Afne said...

tq rozy. jom join contest ni.

bf mommies bkn takat rocks.. dangdut, hiphop, gelek bagai wakakaaaaaaa

~ana~ said...

gud luck afne..best bc pengalaman org ni kan..

Afne said...

tq ana.

jom join contest ni ;)

~ana~ said...

afne... x reti la nak join contest2 ni..hu3x...GA nana tu pun x terjoin2..hu3x...

Afne said...

jom la ana. ikut je step by step gi kt blow owner contest/giveaway. afne pn dulu tak reti, bila dh pandai & menang 2 contest jd semangat lak hehe

Mama Qadida said...

tahniah afne..terharu baca kesah pengalaman afne...sedih sbb fiza tak berupaya nak buat n berjaya mcm afne...hmm...:'(

Afne said...

fiza jgn la sedih. afne story pengalaman tu utk contest & utk naikkan semangat afne & kwn2. insyaallah nest baby fiza blh buat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...